Di tengah-tengah asakan terhadap pentadbiran Datuk
Seri Najib Razak, veteran DAP membangkitkan persoalan sama ada nasib Tun Dr
Mahathir Mohamad juga akan berakhir di penjara.
Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang membangkitkan sama
ada Mahathir akan mengikut jejak langkah musuh politiknya sebelum ini, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
“Adakah Mahathir akan berakhir dalam sel sebelah Anwar
di penjara selepas kenyataan mengejutkan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Salleh Said Keruak?” soal Lim.
Salleh kelmarin berkata jika idea Mahathir
bahawa gaya hidup mewah boleh digunakan sebagai bukti rasuah, maka bekas
perdana menteri itu sendiri mungkin akan masuk penjara.
Beliau berkata keluarga Mahathir sendiri terlibat mengamalkan
gaya hidup mewah.
Mahathir sebelum ini pernah berganding mentadbir
negara ini sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sehinggalah
Anwar dipecat pada 1998.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun
atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, Lim juga membangkitkan kemungkinan
gandingan baru Anwar-Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia daripada pelbagai
masalah politik, ekonomi dan urus tadbir.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/319376