LIMPOPO - AFRIKA SELATAN. Pihak
berkuasa Limpopo kini sedang menyiasat dakwaan terhadap seorang lelaki yang
didakwa dirogol oleh seorang wanita.
Memetik
laporan portal antarabangsa, News24.com, lelaki itu dirogol semata-mata untuk
memuaskan nafsu wanita terbabit.
Dalam masa
yang sama, wanita itu turut merakamkan perbuatannya menerusi sebuah telefon
bimbit dan ia dilakukan semata-mata untuk memperoleh populariti.
Perkara
tersebut disahkan oleh sebuah bukti rakaman yang dijumpai dalam telefon bimbit
yang menunjukkan lelaki itu ditolak jatuh ke lantai sebelum dipaksa berbogel.
Difahamkan,
perogol tersebut berusia 50 tahun.
Kes itu
sedang disiasat dan tiada penahanan dilakukan setakat ini.
Difahamkan
lagi, mangsa dan suspek sudah berkahwin dengan pasangan masing-masing dan
mempunyai anak.
Sumber: KLIK DISINI