SEJAK aplikasi
WhatsApp menjadi
'trend' penggunaannya dalam masyarakat, pelbagai kisah yang telah disoroti sama
ada baik mahupun buruk.
Kalau diteliti, boleh dikatakan penggunaan aplikasi ini lebih
banyak keburukan sepertimana
yang dipaparkan di media.
Antaranya, menurut Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk/Imam
Kariah Taman Keladi, Abidin Hasan dipetik sebagai berkata, WhatsApp
boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga.
Ujar Abidin, pernah suatu ketika ada pasangan datang kepadanya
mengakui WhatsApp menjadi punca mereka berpisah.
"Situasi ini melibatkan isteri/suami yang menyedari
suami/isterinya menjalinkan hubungan dengan wanita/lelaki lain menerusi kiriman
WhatsApp yang turut disulam dengan ayat-ayat cinta dan kemesraan," katanya.
Sementara itu, di Kangar dilaporkan seorang penganggur telah
merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp.
Penganggur tersebut, Mohd Hamdan merantai leher Junifawin Dasari,
dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain
aplikasiWhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.
Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di
leher dan membuat laporan.
Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.
Dalam pada itu, menurut Senator Datuk Mariany Mohammad Yit pengunaan
aplikasi media sosial seperti grup WhatsApp sebagai saluran komunikasi di
jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam Katanya, terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang
mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa
bersama keluarga dan waktu rehat mereka.
Dalam kes di luar negara pula, kumpulan militan Daesh turut
didakwa memperdagangkan wanita dan kanak-kanak sebagai hamba seks menerusi
aplikasi sosial WhatsApp.
Menurut laporan Metro.co.uk., sehingga kini, IS dikatakan telah
memperdagangkan sehingga 3,000 mangsa.
Walau bagaimanapun aplikasi ini juga mempunyai kebaikan yang tidak
disedari ramai pihak, antaranya penggunaan WhatsApp telah berjaya menyelamatkan
tiga mangsa yang sesat hampir dua jam selepas mendaki Bukit Tabur, Taman
Melawati pada Disember 2015.
Memetik kenyataan, Pemangku Penyelia Operasi Balai Bomba dan
Penyelamat Ampang, Mohd Azmi Abdul Latiff berkata, kesemua mangsa berusia 22
tahun itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berjaya menemui jalan
keluar di Kemensah, Hulu Klang setelah berhubung melalui aplikasiWhatsApp
selepas sesat di lokasi berkenaan.
Dalam pada itu WhatsApp juga menjadi penghubung silaturahim,
antaranya usaha 36 rakan yang menjadikan aplikasi WhatsApp sebagai penghubung
mereka menjalinkan silaturahim sehingga berjaya bermuafakat sesama mereka untuk
menyediakan juadah berbuka puasa untuk lima rumah anak yatim melibatkan 282
penghuni di sekitar Kuantan.
Sumber: KLIK DISINI