Jumaat, 30 September 2016

TSMY Perdana Menteri Tunggul ????

GILA KUASA. Itulah antara lirik dalam lagu OPERA HIDUP oleh kumpulan Wings yang ditujukan tepat kepada Mahathir dan pakatan pembangkang .

Wahyu dari London telah turun daripada Pengerusi PPBM  untuk  meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika Pembangkang memenangi PRU14 .

Hebat betul Pengerusi PPBM lebih besar daripada Presiden parti. Ini juga  bermakna Perdana Menteri tidak boleh membuat keputusan dan akan merujuk terlebih dahulu keputusan Pengerusi.
Muhyiddin hanya  jadi tunggul dan boneka PM  saja untuk Mahathir.

Seorang yang tidak menjadi wakil rakyat melalui sistem pilihanraya tetapi boleh menentukan keputusan dibuat seorang Perdana Menteri.  Itu yang cuba dilakukan Mahathir terhadap Najib tetapi beliau tersalah  langkah dan gagal.


Manakalah Pakatan Harapan diketuai DAP pulak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri bukannya Muhyiddin pilihan Mahathir . Anwar Ibrahim juga akan mengikut telunjuk  DAP kerana parti iut   lebih dominan serta memiliki kerusi Parlimen paling banyak  dalam Pakatan pembangkang.

Malah kajian palsu IDE bahawa kononnya rakyat Selangor mahu Anwar jadi PM hanya sebagai propaganda persepsi untuk menguatkan lagi kononnya dia calon pilihan .


Negara boleh jadi cacar marba jika Pakatan pembangkang menawan Putrajaya . Siapa nak jadi PM pun masih lagi bergaduh . Rakyat boleh menilai masa depan negara seperti ini yang dimahukan.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...