Ahli PBMM Mula Mengeluh, Muhyiddin
Semakin Lesu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan semakin lesu walaupun telah hampir sebulan ditubuhkan.
Selain ahli yang baharu berdaftar, kegusaran itu turut disuarakan
oleh orang-orang kuat parti yang menyifatkan momentum semakin menurun hari demi hari.
Malah mereka turut membandingkan PPBM
dengan PKR yang dikatakan mempunyai gerakan yang lebih tersusun di awal
penubuhannya.
"Apa yang kami boleh katakan, Tan Sri (Muhyiddin) bukanlah seorang pemimpin hebat seperti yang dihebahkan.
"Ternyata Bersatu (PPBM) dilihat
semakin tidak bermaya kerana tiada program-program besar dan hebat yang
dirangka untuk menarik lebih ramai ahli seperti yang kami harapkan," kata
salah seorang tenaga pengerak parti itu.
Beliau yang meminta namanya dirahsiakan
turut menyifatkan tindakan Tun Dr
Mahathir Mohamad melantik Muhyiddin sebagai Presiden adalah satu tindakan yang
kurang tepat.
"Kalau kita perhatikan PKR diawal
penubuhannya, Anwar berjaya merangka pelbagai program dan ceramah sehingga
ramai yang terpegun dengan gelombang rakyat ketika itu.
"Malah Tan
Sri sendiri adakalanya enggan hadir dalam program-program ceramah yang kami anjurkan dengan alasan
sibuk, padahal ia bertujuan untuk menarik sokongan rakyat.
"Kalau Presiden
sendiri malas yang
turun ceramah macam mana nak tarik ahli dan mungkin hasrat untuk menajatuhkan
Najib dalam PRU hanya merupakan angan-angan kosong," bidasnya lagi.
Beliau turut menjelaskan, PPBM pada
ketika ini hanya mengharapkan Mahathir sebagai daya penarik, berbanding Muhyiddin yang lebih gemar untuk bercuti dan bersantai
bersama keluarga kerana kes “BETINA” belum selesai.
Sumber: Balqis Sheikh