Demam pilihan raya bukan sebarang demam. Ia demam ada makna. Kalau tak demam, buang undi jadi hambar. Kena demam pilihan raya, barulah seronok mengundi.
Tanda-tanda demam nampak bila hampirnya pilihan raya. Tapi sejak dari selesainya hari Penamaan Calun pada 20hb. April, 2013 demam pilihan raya mula terasa. Ini kerana Dewan Rakyat sudah dibubar. Begitu juga 12 Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
Ahli-ahli Dewan Rakyat sudah kosongkan kerusi mereka. Kerajaan yang ada hanya jalankan kerja-kerja pentadbiran perlu. Tidak ada dasar baru.
Kuasa sudah diserahkan kembali kepada pengundi berdaftar. Sekarang ini tempoh persediaan untuk gunakan kuasa itu. Kuasa itu hanyalah satu orang, satu undi.
Calon-calon yang tersenarai sibuk mengadakan aktiviti-aktiviti menambat hati pengundi termasuklah Calon kesayangan warga DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang tidak pernah kenal erti penat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk warga DUN Rhu Rendang sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini.