PUTRAJAYA, 14 April – Impian pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dibidas oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya lantaran sikap mereka yang tidak menggambarkan apa yang dikata sebelum ini.
Katanya, ketika kerajaan merancang pembinaan sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang baru, pembangkang lantang mengkritik dan membuat pelbagai manipulasi negatif dengan mengatakan bahawa ia adalah satu pembaziran dan macam-macam lagi.
“Tapi hari ini kepimpinan pakatan pembangkang berlumba-lumba untuk ke Putrajaya sehinggakan sanggup melakukan apa saja sebagaimana mereka melontarkan macam-macam tuduhan dan janji-janji manis kepada masyarakat setempat,” katanya.
“Hari ini apabila gendang pilihan raya bermula maka ada pula orang luar yang datang untuk menentang Barisan Nasioanl (BN), memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan yang bertungkus-lumus membangunkan Putrajaya walhal sebelum ini merekalah yang menempelak usaha kerajaan membangunkan Putrajaya.
“Orang luar yang datang ke sini menjanjikan kononnya akan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandaraya Islam sedangkan BN telah lama mengaplikasikan konsep Islam dan pembangunannya dilaksanakan berteraskan sunnah Rasulullah SAW,” tegasnya lagi.
Dalam hal ini beliau menjelaskan bahawa pembangunan Putrajaya mengambil contoh kepimpinan Nabi Muhammad SAW yang membangunkan Kota Madinah dengan memulakannya melalui pembinaan masjid.
“Ketika Putrajaya mula-mula dibangunkan, perkara pertama yang dilaksanakan ialah membina Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri yang kemudiannya barulah diikuti oleh bangunan-bangunan lain di sini,” katanya. KLIK