Seawal pagi lagi kedua-dua Parti Politik PAS dan Barisan Nasional telah mengambil tempat masing-masing, sebelum berarak ke tempat Penamaan Calun di Pejabat Daerah Marang.
Barisan Nasional mendahuluinya dengan keluar berarak daripada perkarangan Bangunan UMNO Marang menuju ke Pejabat Daerah Marang pada jam lebih kurang 8.25 pagi dengan jarak lebih kurang 1/2 km.
Calun-calun bertanding berganding tangan menunjukkan kesepakatan untuk berjuang mempertahankan maruah Barisan Nasional di bumi Marang.
Setengah jam kemudian Calun PAS yang diketuai oleh Presiden Parti Dato Seri Haji Hadi Awang berarak beramai-ramai dari hadapan IPD Marang menuju ke tempat yang sama dengan jarak 3/4 km.
Semasa penamaan calun berlangsung, kedua-dua penyokong calun bertanding Barisan Nasional dan PAS terus berkedudukan jarak lebih kurang 100 meter terus melaung-laungkan nama pemimpin mereka yang dicalunkan.
Namun begitu lain pula yang berlaku kepada pengikut-pengikut PAS, melaungkan perkataan yang menghina kepada Barisan Nasional diantaranya HIDUP, HIDUP, HIDUP ISLAM, HANCUR, HANCUR, HANCUR BARISAN, TUMBANG, TUMBANG, TUMBANG UMNO. itu lah perkataan-perkataan yang berulang-ulang kali dilaungkan.
Dengan tidak disangka-sangka, jeritan menghina serta laungan yang berkumandang dari penyokong-penyokong PAS berubah dengan jeritan yang marah sesama sendiri.
Rupa-rupanya jeritan menghina kepada BARISAN NASIONAL berubah menjadi sedemikian bunyinya. "HIDUP, HIDUP, HIDUP ISLAM, HANCUR, HANCUR, HANCUR BARISAN, TUMBANG, TUMBANG, TUMBANG PAKATAN". KLIK DISINI
Selesai saja pengumuman yang dibuat oleh Pegawai Daerah Marang, kedua-dua penyokong bersurai tanpa menimbulkan sebarang kekecohan atau perkara-perkara yang tidak diingini.
Sering sekata juga diucapkan jutaan terima kasih kepada PDRM dan Agensi Keselamatan yang bertugas demi menentukan keselamatan semasa proses penamaan berjalan dengan licin dan teratur.