Khamis, 18 April 2013

Program Pemimpin Bersama UMNO DUN Rhu Rendang


Perjumpaan diatur bersama Calun N19 DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan ku bersama semua petugas-petugas pilihanraya DUN Rhu Rendang termasuk Wanita/Puteri UMNO, semua Pengerusi JKKK yang telah diadakan di Dewan Gemilang, Sungai Kerak, Marang. Turut hadir Datuk Haji Razali Idris, En. Anuar Yahya, Penghulu Mukim.

Tuan Haji Nik Dir telah menyampai mandat kepada semua yang hadir agar terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam pilihanraya yang ke 13 kali ini, agar DUN Rhu Rendang serta Parlimen Marang dapat dirampas semula daripada pembangkang.

Kita perlu mengambil iktibar apa yang telah berlaku semasa PRU ke 12, agar tidak berulang kembali dalam PRU ke 13.


Dengan sokongan padu daripada semua, beliau akan melaksanakan serta menunaikan segala Aku Janji sepertimana yang telah diketahui semua demi untuk menjamin masa depan warga DUN Rhu Rendang dan amnya negara Malaysia.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...