Rabu, 22 Oktober 2014

DR MOHD ASRI SAMAKAN "ULAMA DENGAN ANJING" ??


Dr. Mohd Asri pun sama juga lah....tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam agar tidak lupa "ulama yang bersikap bagaikan anjing" dalam kesibukan membincangkan isu kempen menyentuh bintang itu.

Merujuk sepotong ayat al-Quran, tokoh agama itu menjelaskan ayat tersebut telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah demi kepentingan dunia sepertimana anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.


"Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing (Sumber) yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya," katanya dalam laman Facebooknya.

"Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain," tegasnya lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...