Khamis, 30 Oktober 2014

ANWAR AKAN LARI KE LUAR NEGARA ?

TS Shafee Akan Kemuka Penemuan Baharu ?

Al-Azharri Siddiq – Hujah TS Shafee Abdullah menjadi faktor penting dalam penentuan nasib DS Anwar Ibrahim esok atau lusa. Adakah TS Shafee akan mengemukakan penemuan baharu? berbanding pasukan peguam DS Anwar yang dikatakan hanya mengemukakan hujah lama.

Peguam-peguam DS Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara berulang-ulang, nampaknya tiada penemuan baharu kata pemerhati, ianya menjadi penanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar - Sumber. Ramai orang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam DS Anwar, Sulaiman Abdullah, menarik diri lagi.


Semasa saya bertemu TS Shafee di Mekah dua tahun lalu, beliau seorang yang sangat simple hanya berdua dengan anak lelakinya, jika saya tidak silap.

DS Anwar sangat gerun kepada TS Shafee, bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun ‘trick’ DS Anwar yang tidak diketahui oleh TS Shafee. Begitulah gambarannya. TS Shafee pernah berkata, dia lebih kenal DS Anwar berbanding Tun Dr. Mahathir.

Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan TS Shafee, bukan perkiraan wang intinya, tetapi apakah anda sanggup bangun subuh buta jika dipanggil, adakah anda akan terkejut jika yang mengetuk pintu rumah anda bukannya posmen TS Shafee tetapi dia sendiri, dan adakah anda sanggup menerima panggilan telefon di kala anda sedang lena diulit mimpi. Adakah anda sanggup datang ke pejabatnya pada subuh jantan sekiranya dipanggil. Guaman adalah dirinya dalam dirinya.

Saya mendengar, anda tidak akan menerima sehelai kertas pun daripada TS Shafee melalui orang ketiga, beliau akan membuatnya sendiri dari A hingga Z. Sampai ke tahap itu integriti dan sekuriti yang diamalkannya.

Maka tiada siapa mampu mencubabelinya jauh sekali merasuahnya, jika sesiapa mencubanya pasti akan kecewa. DS Anwar tahu hal ini, kerana itu DS Anwar berusaha membatalkan TS Shafee daripada menjadi pendakwa.

10,000 patah perkataan yang dilontarkan oleh peguam-peguam termahal DS Anwar, tidak akan sama dengan 100 patah perkataan yang dikeluarkan oleh TS Shafie.

Kita tidak bercakap siapa salah siapa betul, itu hak peguam-peguam kedua-dua belah pihak, dan hak hakim-hakim untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing. Asasnya ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada DS Anwar atau kepada Saiful.

Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ianya kes DS Anwar dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari.

Bagi saya bukan soal siapa kalah siapa menang, bagi saya rakyat dan negara kita mesti kekal aman, damai dan harmoni selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka buku yang baharu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...