Ini hairan bin ajaib...
apabila PAS dan DAP, parti yang membentuk KERAJAAN NEGERI hendak 'cuci tangan'
dengan membuat kenyataan bersama mengecam pengusiran penduduk perkampungan
tradisi di Kampung Mutiara Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Pada Selasa Agendadaily (Klik) melaporkan berita tersebut yang antara lain
membabitkan 48 keluarga dengan lebih 200 penduduk yang rata-ratanya orang
Melayu kini terumbang-ambing selepas berdepan dengan pengusiran.
Dalam satu kenyataan bersama pada Rabu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau
Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil
Khir Johari mengecam tindakan tuan tanah tersebut lebih-lebih lagi penduduk
bakal diusir tanpa sebarang pampasan.
Menurut mereka, pelbagai cara sudah dibuat termasuk berunding dengan tuan
tanah yang merupakan seorang individu yang menetap di Selangor, namun beliau
tetap berkeras meneruskan tindakan undang-undang tersebut.