Mat Sabu Masuk Hospital.
PETALING JAYA: Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu dikejarkan ke hospital dipercayai akibat demam
denggi.
Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak
pagi Khamis menunjukkan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diperiksa oleh
seorang doktor.
Beliau
yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.
Berita
mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, KhalidSamad. (Klik)
Menerusi
Twitternya, Khalid memberitahu bahawa Mohamad kini dimasukkan ke Hospital
Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
"Saya
diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki
denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya.