Khamis, 9 Oktober 2014

AZMIN ALI CABAR ZAHID HAMIDI ?

Selangor Perlu Henti Keluarkan Lesen PHK
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor digesa supaya menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga (PHK) yang dikesan menjadi tempat aktiviti perjudian haram.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengusaha PHK dikesan mengunakan modus operasi yang baharu apabila membolehkan pemenang menukar hadiah dengan wang tunai.

"Saya mohon kepada Menteri Besar Selangor yang baharu supaya lesen PHK yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di hapuskan dan dibatalkan kerana inilah puncanya.
"Sebab ketika mesin judi itu dioperasikan, hadiah dalam bentuk 'in kind' ditukarkan dengan wang. Ia jadi seolah-olah seperti pusat hiburan keluarga tapi sebenarnya itu pusat perjudian," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang bertanya mengenai keberkesanan pihak berkuasa menangani aktiiviti judi Internet.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, usaha membanteras aktiviti pusat perjudian yang berselindung di sebalik lesen PHK perlu membabikan semua pihak khususnya PBT.
"Ini tanggungjawab kerajaan negeri, saya minta kerajaan negeri yang dikuasai rakan-rakan di sana (Pakatan Rakyat) dan kita semua harus membatalkan semua PHK termasuklah Wilayah Persekutuan...saya kata semua dan kita semua bertanggungjawab.
"Tanpa kerjasama daripada pihak TNB, tanpa kerjasama pihak syarikat air, tanpa kerjasama PBT, mustahil perkara ini dapat dilakukan," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...