Pasar Marang sememangnya terkenal dengan harga ikan yang sangat mahal jika dibandingkan dengan pasar-pasar di seluruh Negeri Terengganu.
Peniaga ikan sengaja menaikkan harga ikan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Sedangkan harga yang dibeli daripada 'Peraih Ikan' tidaklah mahal.
Beberapa orang pengguna ditemui semuanya mengatakan bahawa harga ikan di Pasar Marang adalah terlalu mahal jika dibandingkan ditempat lain.
PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani akan memantau harga ikan di seluruh negara berikutan pengurangan
subsidi untuk diesel yang berkuat kuasa semalam.
Menterinya,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat masa ini masih belum ada sebarang
laporan kenaikan harga ikan diterima.
"Pemantauan
di Pasar Tani Khas Hari Raya Aidiladha di sini (Putrajaya) juga mendapati
pengurangan subsidi diesel belum memberi kesan kepada harga ikan.
Namun
berdasarkan pengalaman sebelum ini berlaku kenaikan harga ikan antara lapan
hingga 13 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Pasar
Tani Khas Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.
Beliau
berkata jika kenaikan harga ikan berlaku, kementeriannya akan berbincang dengan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk
membincangkan langkah yang perlu diambil.
Pasar
Tani Khas Hari Raya Aidiladha diadakan di 171 tapak pasar tani terpilih di seluruh
negara bermula semalam hingga esok sebagai alternatif kepada pengguna untuk
membeli produk makanan seperti ayam, daging, ikan, buah-buahan dan sayur dengan
harga berpatutan.