Isnin, 7 Disember 2015

PAS SEMAKIN DIKETEPIKAN OLEH PAKATAN RAKYAT ??:


'Kami terima hasrat PasMa'

AMPANG - "Kita jangan sombong dan perlu tawaduk. Jika ALLAH SWT ampunkan hambanya, siapa kita untuk tolak mereka yang telah insaf." Demikian reaksi Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhubung pendirian Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mengumumkan akan menyokong Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Azmin berkata, PKR sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menjalinkan kerjasama asalkan mereka menyokong semangat reformasi dan mahu merubah sistem kenegaraan dengan cara demokrasi yang sihat.


“Kita sambut baik sokongan itu dalam usaha melawan UMNO dan BN. Mana-mana ahli politik yang dah ubah fikiran atau insaf mahu sertai pakatan juga kita terima dengan hati terbuka.

“Dalam membangunkan Pakatan Harapan kita perlu bergerak secara inklusif jalin kerjasama dengan semua parti yang mempunyai pandangan sama menyokong reformasi menuju Putrajaya,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...