Selasa, 8 Disember 2015

PAS PERLU BUAT LEBIH BANYAK LAPORAN POLIS KE ATAS PAN

PAS P.Pinang Buat Laporan Polis Ke Atas Mujahid
GEORGE TOWN, 7 Dis (Bernama) -- PAS Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang mendakwa PAS mempunyai hubungan dengan militan IS dan Al-Maunah.

Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata kenyataan Mujahid itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab serta dilihat cuba memburukkan PAS sebagai sebuah parti Islam.

"Tuduhan Mujahid dan pemimpin PAN bahawa PAS mempunyai hubungan dengan militan IS dan Al-Maunah adalah tidak benar, PAS adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, harmoni dan keamanan.


"Kami di dalam PAS tidak membawa sebarang fahaman militan atau keganasan seperti yang didakwa mereka. Tuduhan itu memang berniat jahat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini Isnin.

Selain PAS, turut membuat laporan polis berhubung kenyataan Mujahid itu ialah Dewan Penyokong PAS Pulau Pinang yang diwakili Setiausahanya P. Asokan.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan Mujahid sebagai berkata PAS mempunyai kaitan dengan militan IS dan Al-Maunah.


Katanya peguam PAS juga sedang membuat kajian dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Mujahid.-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...