Jumaat, 4 Disember 2015

VAPE: “Pakar juga menyatakan bahawa vape lebih memudaratkan kesihatan berbanding ROKOK

MAJLIS FATWA GUNA PAKAR MANA YANG MENGATAKAN ROKOK LEBIH BAIK DARIPADA VAPE ???

KUALA LUMPUR, 4 Disember: Penggunaan E-rokok atau peranti vape telah dikuatkuasakan sebagai ‘haram’ di Pulau Pinang, menurut pengumuman Majlis Fatwa negeri hari ini.

Ketika mengumumkan fatwa melarang penggunaannya di kalangan umat Islam, Muftinya, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan itu dibuat oleh panel pakar-pakar Syariah yang mendapati penggunaannya mendatangkan mudarat kepada pengguna.

“Penggunaan vape adalah (dianggap) boros untuk umat Islam,” katanya yang dipetik The New Straits Times hari ini.

Pada Ogos lalu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan di Facebook, juga mengumumkan keputusan yang sama selepas mengadakan ‘Irsyad’ mengenai perkara itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...