Sabtu, 5 Disember 2015

ADAKAH INI KATA-KATA SEORANG YANG BERGELAR TIM. MURSYIDUL AM PAS ???

KATA-KATA YANG AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI. INN SHA ALLAH.

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mahu Umno membersihkan parti itu terlebih dahulu sebelum berhasrat merampas kerajaan Kelantan.

Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas itu mengibaratkan Umno kini seperti manusia yang mempunyai  penyakit kulit seperti kurap dan perlu dirawat.

“Datuk Seri Mustapa Mohamed nak ambil Kelantan, tetapi dia tidak ingat dia (Umno)  ada ‘kurap’ juga, malah penyakit tu lebih daripada  ‘badan’,” katanya dalam kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.


Sebelum itu, Mustapa pada Majlis Penutup Konvokesyen Umno Kelantan menyatakan keyakinan BN dapat merampas Kelantan daripada Pas pada  PRU14 dengan mengambil kira faktor ketiadaan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kekecohan dalam Pas sehingga kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah).

 Ahmad berkata, perjuangan Pas adalah memastikan Islam terlaksana walaupun ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin utama.

“Kita ni  perintah atas Islam, bukan kerana arwah Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tetapi kerana Islam,” katanya yang mengambil alih kepimpinan daripada arwah Tok Guru selepas PRU13.

Dalam pada itu, Ahmad ketika ditemui berkata, Umno perlu menyedari hakikat bahawa parti itu turut mengalami masalah, malah lebih teruk dari apa yang dialami Pas.

Beliau yang  tidak menolak krisis melanda Pas kini berkata, yang penting adalah kaedah penyelesaian bagi memastikan rakyat terjaga.

“Sebenarnya, apabila dia (Mustapa) kata Pas ada penyakit, jadi dia pun kena  tahu dia (Umno) ada penyakit juga, malah mungkin lebih berat lagi.


"Sekarang ini, kena baiki penyakit, sama-sama baiki, sama-sama berjuang dalam negara yang demokrasi ni tak mengapa,” katanya.

Pautan: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...