BOLEH SAMAKAN KERAJAAN DENGAN PASAR ???? OTAK LEMBU.
KUALA LUMPUR
- "Saya hairan, sebuah parti yang memerintah negara, yang menjadi tulang belakang
kerajaan boleh memerintah macam pasar," bidas bekas Ketua Wanita Umno
Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.
Hamidah
adalah antara sembilan ketua Umno bahagian yang dipanggil menghadap
Jawatankuasa Disiplin Umno di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra di
sini, hari ini.
Hamidah
menambaha, sebagai sebuah parti yang dominan, Umno sepatutnya menonjolkan
pentadbiran yang lebih teratur.
"Saya
rasa penggunaan perkataan "pasar" adalah perkataan yang sesuai. Kalau
KJ (Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin) kata Umno bukan pasar, saya akan
tetap katakan yang Umno macam pasar.
"Ini
kerana cara pengurusannya macam pasar," katanya lagi.
Hamidah
dalam pada itu turut meluahkan rasa keliru terhadap sebab yang diberikan atas
pemecatan beliau.
"Saya
dikatakan dipecat kerana saya menjemput Tun M (bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad) ke sebuah program. Sebelum saya dipecat, saya diberikan surat
tunjuk sebab yang memerlukan saya untuk menjawab atas sebab apa saya tidak
perlu dikenakan tindakan.
"Saya tidak
dipanggil ke Lembaga Disiplin dan saya hanya dapat tahu saya dipecat melalui
berita dan kawan-kawan. Kemudian saya lagi terkejut apabila Setiausaha Agung
(Tengku Adnan Tengku Mansor) mengatakan saya dipecat kerana berada di pentas
pembangkang, Jadi ini adalah satu yang mengelirukan," jelasnya.
Menurut
Hamidah, beliau juga tidak mendapat surat rasmi pemecatannya dan hanya mendapat
tahu perkara tersebut menerusi berita dan pengumuman Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlaku pada 24
November lalu.
"Jadi
sehingga ke hari ini, saya anggap saya masih ahli Umno dan masih merupakan
ketua Umno bahagian. Saya juga akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno nanti
(minggu hadapan).
"Selagi
tidak ada hitam putih(surat rasmi), saya masih merupakan ahli Umno,"
tegasnya.