Selasa, 1 Disember 2015

MJ GERSANG NAK MENIPU LAGI !!!

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meminta agar beliau diberikan ruang di dalam Dewan Rakyat untuk membuat penjelasan berhubung pertemuannya bersama jurucakap tentera Sulu, Jacel H Kiram.

Nurul Izzah yang ditemui di lobi Parlimen berkata, pihaknya sudah memberikan jawapan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung perkara itu.

"Saya sudah bagi jawapan minggu lepas dan insya-ALLAH hari ini saya akan bertemu dengan Speaker (Tan Seri Pandikar Amin Mulia).


"Saya mahu hak saya memandangkan orang di luar sana sama ada media arus perdana saya diserang bertubi-tubi, maka saya perlu ruang saya di dalam Dewan untuk mempertahankan dan menjelaskan (keadaan)," katanya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Izzah dirujuk ke JK Hak dan Keistimewaan Parlimen]

Menurut Naib Presiden PKR itu, pertemuan bersama Pandikar adalah sesi penerangan diri yang diberikan kepada semua anggota Dewan Rakyat dengan bersyarat mendapat kebenaran Speaker.

Beliau berkata, pihaknya lebih selesa bercakap kepada Speaker Dewan Rakyat berbanding badan Eksekutif bagaimanapun tidak menolak untuk memberikan jawapan sekiranya dipanggil pihak berkuasa.

"Pada saya bila pihak Eksekutif punyai kepentingan politik, saya lebih yakin dengan pendirian wakil penjaga pihak legislatif iaitu Speaker.

"Saya tidak menolak rujuk jawapan saya, saya minta untuk beri keterangan kepada Dewan semua," katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyarankan supaya Nurul Izzah menggunakan platform Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membela diri berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah pada 2013.


Kontroversi gambar Nurul Izzah dan Jacel mendapat reaksi ramai pihak sehinggakan beliau dianggap tidak sensitif terhadap keluarga mangsa tragedi di Lahad Datu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...