KP SPRM MALU DENGAN BAYANG-BAYANG
SENDIRI.
PUTRAJAYA - Pelbagai skandal
kleptokrasi yang melanda negara menyebabkan indeks persepsi rasuah (CPI) yang
menunjukkan tren penurunan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata, pada 2014
CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu.
“Adakah indeks ini makin baik
atau makin buruk, ini adalah fakta," katanya.
Menurutnya, Malaysia terkenal di
mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara integriti.
"Ini memang memalukan.
"Malah ketika saya pergi ke
luar negara pada 2016, ada orang luar tengak saya rupa Asia dan bertanya saya
dari negara mana, saya malu nak sebut Malaysia (kerana pandangan mereka
terhadap negara kita), saya cakap saya orang Indonesia,” katanya ketika berucap sebagai panel dalam Forum
Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini
hari ini.
Berdasarkan CPI 2017 dikeluarkan
TI Februari lalu mendapati Malaysia mencatat penurunan daripada kedudukan ke-55
kepada 62 daripada 180
negara.
Malaysia memperoleh markah 47
daripada 100 dalam ditetapkan TI.
Walaupun berada pada kedudukan
ketiga dalam kalangan 10 negara ASEAN, ia masih jauh terkebelakang dari segi
markah.
Sementara itu, Shukri dalam pada
itu turut mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar rasuah
dijadikan subjek wajib di sekolah.
Menurutnya, pertemuan telah
diadakan bersama Menteri KPM, Maszlee Malik bagi membincangkan perkara
tersebut.
Sikap bencikan rasuah perlu
ditanam dalam diri di peringkat awal lagi bagi mengelak ia merebak mereka
apabila dewasa kelak," katanya.
Menurutnya, perilaku rasuah yang
merebak di sekolah turut membabitkan guru dan pelajar.
"Ada kes guru meminta ‘anu’ atau seks daripada pelajar bagi
membolehkan lulus peperiksaan.(Kes
terpencil)
“Malah ada juga kes
pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan dilantik
sebagai ketua kelas dan juga sokongan sebagai ketua pengawas. (Kes terpencil)
"Kalau kecil-kecil macam ini
sudah pandai bermain dengan duit macam mana nak harap mereka jadi pemimpin satu
hari nanti, kerana itu pentingnya didikan awal untuk benci rasuah diterapkan,”
katanya.
Rujukan: KLIK DISINI