SHAH
ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan 17
SOALAN KHAS BUAT MENTERI KEWANGAN, Lim Guan Eng untuk
membantu menteri berkenaan dan orang awam memahami fakta dan kebenaran.
Najib melalui catatan di
Facebook peribadinya itu berkata, Guan Eng masih tidak berpuas hati dengan
jawapan yang diberikannya tentang hal ehwal ekonomi negara.
“Oleh
itu, saya kemukakan 17 soalan untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta
dan kebenaran mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya,”
katanya, malam tadi.
BERIKUT MERUPAKAN SOALAN KEPADA
GUAN ENG.
1. Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan
tahun ini berikutan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) selama 3 bulan
serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14?
2. Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST
disifarkan pada Jun 2018?
3. Adakah benar Malaysa adalah satu-satunya negara dalam sejarah
dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada cukai jualan dan perkhidmatan
(SST), pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan
daya saing negara mereka?
Adakah
benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan?
4. Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih
rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari
berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk?
5. Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku
kedua 2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak 2008)
daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion bagi tahun
sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5 peratus bagi suku kedua 2018 adalah di
bawah unjuran, Ringgit menyusut sebanyak 30 sen berbanding Dolar Amerika,
berpuluh bilion ringgit pelaburan saham dan modal keluar dari Malaysia manakala
Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut dari AS$110 bilion
setiap bulan kepada AS$103.9 bilion sehingga 15 September 2018.
Bersambung: KLIK DISINI DAN BACA SEHINGGA SELESAI