Isnin, 27 November 2017

"KATAK LOMPAT" DIMUSIM TENGKUJUH MENJADI-JADI ???

PAS sudah lama 'HIDU' Amiruddin akan lompat parti.

Bagaimanapun Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengaku agak terkejut apabila Amiruddin melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukannya parti serpihannya, Amanah.

"Kita MEMANG DAH JANGKA dia (Amiruddin) nak keluar parti. Sebab tindak-tanduk dia dah harum manis (hijau di luar, oren di dalam) sudah lama. 

"Cuma tidak tahu dia nak kemana. Biasanya ahli PAS akan pergi (sertai) Amanah tetapi tiba-tiba dia masuk Bersatu (PPBM)," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Mahfodz kemudiannya berkata beliau tidak menolak akan ada pengikut Amiruddin yang akan turut keluar parti dalam masa terdekat.


"Saya jangka lepas dia ini akan diikuti satu dua orang lagi di Kedah khususnya. Kita pun sedang memerhati tindak tanduk mereka yang tidak bersama dengan PAS tetapi  bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.

"Saya sendiri tidak terkejut sekiranya ada lagi selepas ini oleh mereka oleh ahli PAS yang menang melalui PAS, melalui pekerja-pekerja PAS," ujarnya.

Amiruddin pada Ahad mengumumkan beliau menyertai PPBM dan tidak lagi bersama PAS.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, semalam.

Amiruddin beralasan mahu berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bersama Pakatan Harapan (PH), yang dakwanya lebih kukuh dan kuat.

Beliau turut menjelaskan, keputusannya menyertai PPBM juga disebabkan PAS enggan bekerjasama dengan PH pada PRU14 untuk menjatuhkan BN.

Kini, PH kini mempunyai sembilan wakil rakyat dalam DUN Kedah, manakala PAS memiliki tujuh ADUN dan selebihnya, 20 wakil rakyat BN.


Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...