Rabu, 8 November 2017

MODAL PILIHANRAYA HARAPAN

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menyiasat dakwaan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung tuduhan liwatnya membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dakwaan Ahli Parlimen Tambun itu merupakan satu tuduhan berat yang perlu kepada siasatan terperinci.

"Qazaf ini bila seseorang  tuduh seorang  yang lain lakukan zina dan liwat tanpa empat orang saksi.

"Apa yang dilakukan Tambun (Ahmad Husni) untuk nyata pertuduhan tanpa bawa saksi dan sebut nama anak buahnya yang jadi mangsa. Kita minta Jawi lakukan siasatan," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Rabu lalu, ketika berhujah di dalam Dewan Rakyat, Ahmad Husni mengkritik bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak lagi mengikuti perjuangan Anwar.


"Anda kenal siapa Dr Mahathir? Saya tahu. Saya Menteri Kewangan II. Saya tahu apa yang berlaku masa beli Pos Malaysia, di Perwaja. Saya tahu. Anda tahu siapa Muhyiddin. Anda tidak tahu, tetapi saya tahu. Anda tahu siapa Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim, saya tinggalkan dia.

"Selepas dia berhenti jadi timbalan perdana menteri, saya bantu dia, pergi ke Bukit Damansara. Bila dia terlibat dengan liwat. Dia terlibat dengan anak buah saya. Kami semua menangis, saya pergi ke Jordan," kata Ahmad Husni dalam Sidang Dewan Rakyat, Rabu lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul mencabar Ahmad Husni mengulangi dakwaan beliau di luar Dewan Rakyat mengenai anak buahnya diliwat Anwar.

Beliau berkata, Ahmad Husni perlu berbuat demikian bagi memperlihatkan bahawa beliau tidak berselindung di sebalik imuniti Parlimen.

"Kita minta Tambun lafaz yang sama di luar Dewan dan kita harap Jawi ambil tindakan, ini sesuatu yang serius," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang juga merupakan peguam Anwar memaklumkan pihaknya akan menasihati pemimpin PKR itu berkenaan tindakan undang-undang yang akan diambil selepas ini.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama lima tahun, sejak 2015 selepas mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...