Rabu, 22 November 2017

ATUK MADEY PATUT KUMPUL 'BEKALAN AKHIRAT' DIUSIA EMAS

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad disaran mengumpul 'BEKALAN AKHIRAT' pada usia emasnya daripada bersesak-sesak turun ke Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai calon, kata seorang pemimpin Umno.

Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata beliau berbesar hati mahu menasihatkan bekas perdana menteri itu, sekiranya tiada mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian.

"Jadi kalau tiada orang nasihat, biar saya yang nasihat (tapi) kalau tak nak dengar terpulang pada Tun. Kalau Tun dengar (nasihat ini) DALAM USIA TUN BEGITU TUA, TUN PATUT TUMPU KELUARGA (DAN) IBADAH. Tun sediakan untuk hari kemudian (akhirat) supaya kita sejahtera di dunia dan di akhirat.   

"Saya kesian (dengan Tun M), saya tak tahu kenapa tiada orang memberikan pandangan atau nasihat kepada Tun. ATAU TUN NI TAK BOLEH MAKAN NASIHAT?," soal beliau dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.


Minggu lalu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membayangkan Dr Mahathir berkemungkinan besar bertanding di Parlimen Putrajaya atau Langkawi pada PRU14.

Ini kerana katanya, terdapat permintaan untuk mantan perdana menteri itu untuk bertanding di kerusi berkenaan. 

Malah Dr Mahathir sendiri tidak menolak untuk bertanding di Putrajaya pada pilihan raya akan datang. 

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada tahun lalu juga pernah mencadangkan “arkitek” Putrajaya itu bertanding di Parlimen itu.

Shukor juga secara sinis berkata, dengan usia Dr Mahathir yang telah melebihi 90-an itu, adalah TIDAK MOLEK BELIAU BERCERAMAH POLITIK DENGAN MENABUR FITNAH kepada kerajaan.

"Dengan usia Tun (Dr Mahathir) yang begitu tua, saya kira kalau Tun tumpukan kepada keluarga, ibadah untuk menyediakan hari kemudian adalah lebih baik daripada Tun yang dah usia sebegitu tua Tun ke lapangan politik lagi kemudian Tun tabur fitnah, tambah dosa," ujarnya.

Sumber: KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...