Ahad, 8 Oktober 2017

DUA PENGAWAL DIRAJA ARAB SAUDI MATI DITEMBAK

JEDDAH: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pengawal diraja dan mencederakan tiga yang lain di pintu pagar istana, bandar Laut Merah Jeddah.

Kementerian Dalam Negeri berkata lelaki berusia 28 tahun yang dikenali pasti sebagai rakyat Arab Saudi itu bersenjatakan Kalashnikov dan tiga bom tangan.

Dia ditembak mati pengawal diraja selepas melakukan serangan.

"Seorang lelaki keluar dari kereta dan terus melepaskan tembakan ke arah pos kawalan diraja," kata satu kenyataan yang disiarkan agensi Saudi Press.

Menurut kenyataan it, serangan lelaki terbabit menyebabkan dua pengawal terbunuh dan pengawal lain bertindak balas terhadap penyerang.

Terdahulu kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi memberi amaran kepada rakyatnya berhubung laporan serangan terbabit.

Amaran itu dikeluarkan sejurus selepas polis Arab Saudi menyerbu tempat persembunyian pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MILITAN IS minggu ini menyebabkan dua terbunuh dan lima lagi ditahan. – AFP


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...