Ahad, 7 September 2014

MAT SABU PENYOKONG SETIA ANWAR DAN DALANG PERCAKARAN PAS & PR ???


Sebagai orang nombor dua dalam PAS yakni Timbalan Presiden Mohamad Sabu @ Mat Sabu sepatutnya tahu apa yang berlaku dan juga apa saja keputusan PAS. Pagi Jumaat agak pelik sikit bila beliau mengakui tidak tahu menahu mengenai perkembangan terbaru isu calon Menteri Besar Selangor.
Andaian dari pengakuan begini ialah tentu ramai bertanya apakah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu sudah tak percaya pada Mat Sabu untuk bawa beliau berbincang sama hal yang penting ini.
Kita tidak boleh salahkan Mat Sabu kalau beliau nampak macam pening menghadapi isu ini.
Apa lagi sekarang tengah hangat berlegar kisah mendakwa bahawa senarai mutakhir tiga nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang dihantar oleh pejabat Presiden PAS tidak ada nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali.
Sebalik tiga nama yang dikemukakan ialah kalangan Exco PAS Selangor sendiri.
Manakala Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali pula bagi versi beliau sendiri tentang senarai itu.
Katanya dua mereka ialah ADUN PKR dan seorang ADUN PAS.

Beliau bagaimana pun tidak mahu sebut dua nama ADUN PKR.

 Sumber:agendadaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...