Sabtu, 6 September 2014

PPS BERPOTENSI JADI EJEN MENENTANG KERAJAAN PUSAT ???


KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Pasukan keselamatan yang tidak berdaftar atau haram yang menggunakan kuasa ala 'polis' dilihat berpotensi menjadi ejen untuk menentang kerajaan pusat, kata bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar. (Klik)



Beliau berkata penyalahgunaan kuasa serta tindakan agresif pasukan itu juga boleh menggugat ketenteraman awam, dan akhirnya mungkin membawa kepada berulangnya tragedi hitam 13 Mei 1969.

"Saya berpendapat dengan adanya pasukan sedemikian mungkin ia boleh dilihat sebagai satu ketumbukan yang sedang diaturkan untuk menentang kerajaan yang dipilih oleh rakyat mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya kepada Bernama.


Ahad lepas polis menahan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh kerana pasukan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Hasil siasatan polis mendapati empat yang ditahan itu positif dadah, 11 didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah antaranya ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, dadah dan kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 dan seorang merupakan anggota kongsi gelap dan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Haniff berkata tindakan agresif ala gangster yang didakwa dilakukan anggota pasukan keselamatan haram itu harus dibendung oleh pihak berkuasa keselamatan bagi memastikan hak keselamatan orang awam lebih terjamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...