Tersebar secara meluas di beberapa portal berita, blog dan
media sosial sejak petang semalam mengenai desas-desus Adun Cempaka IskandarAbdul Samad (Klik) akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi
menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berita perlantikan Iskandar ini menyusul selepas istana
mengeluarkan kenyataan dukacita Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP yang tidak
mematuhi titah baginda yang mahukan kedua-dua parti itu menghantar lebih
daripada dua nama, sebaliknya tetap berkeras dengan hanya mencalonkan satu nama
saja iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Seterusnya tindakan PKR dan DAP
itu juga dianggap sebagai perbuatan derhaka kepada baginda....
BLA...BLA.... (Klik dan baca sendiri)
Soalnya bolehkah PAS meyakinkan 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR
serta dua Adunnya sendiri iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Badaruddin untuk
membuat U turn memandangkan 30 Adun berkenaan sebelum ini amat keras mahukan
hanya Dr Wan Azizah sebagai MB serta sudah pun membuat akuan bersumpah
mengenainya?