Selasa, 16 September 2014

TEKTIK JAHAT JIJAH KIPAS TERBONGKAR ?


JIJAH KIPAS cuba melibatkan penduduk kampong dengan pihak Istana pulak. 

Berapa banyak kos yang telah ditaburkan ??? demi untuk mencapai cita-cita kotornya itu.

Itulah sebabnya krisis telah melangkaui masa yang begitu lama, maka apa-apa pun boleh berlaku.

Hampir 50 pemimpin NGO dan ketua kampung (Klik) Selangor hari ini berhimpun di ibu pejabat PKR bagi menunjukkan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.
NGO dan ketua kampung pro-PKR itu mewakili 20 NGO dan 22 wakil ketua kampung dari setiap parlimen negeri menegaskan Wan Azizah adalah calon terbaik kerana mempunyai kelayakan tinggi dan rekod cemerlang di samping sokongan majoriti ADUN.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor, Datuk Mat Ghazali Abdul Rakim berkata ADUN Kajang itu jelas mematuhi syarat menjadi seorang menteri besar selaras dengan syarat yang diperuntukkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Bercakap dalam sidang media pagi ini, beliau menyokong calon utama PKR dan DAP itu selaras dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan negara ini.
"Kami menjunjung setia konsep raja berpelembagaan dan sistem demokrasi di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
"Konsep konvensional dalam amalam demokrasi untuk membentuk sesebuah kerajaan harus dipatuhi, bahawa mana-mana ADUn yang mendapat sokongan majoriti DUN haruslah dilantik sebagai menteri besar dan perkenan Tuanku sultan," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...