Selasa, 9 September 2014

Nilai JKKK setahun sekali melalui KPI adalah tepat

Panilaian perlu dilakukan bukan saja kepada JKKK, tetapi semua Bahagian UMNO (termasuk Wanita/Puteri UMNO) dan juga APMT disetiap daerah.

Baru mantap serentak > tidak lah memegang jawatan hanya sebagai "TUNGGUL KAYU"

Kerajaan negeri akan menilai prestasi JKKK setahun sekali (Klik) berbanding dua tahun sekali sebelum ini bagi memastikan ia memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di peringkat akar umbi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri akan memperbaharui kontrak JKKK setiap tahun melalui penilaian yang dibuat pada Disember sebelum menimbangkan JKKK sedia ada dapat diteruskan atau sebaliknya.

Menurutnya, dulu penilaian dilakukan setiap dua tahun (Klik) sebelum ada sebarang perubahan tetapi untuk memastikan mereka melaksanakan tugas dengan baik untuk rakyat perubahan ini dilakukan.

“Kerajaan akan buat penilaian pada 31 Disember setiap tahun. Sekiranya prestasi baik kerajaan akan sambung kontrak tetapi jika JKKK tidak mencapai penarafan bintang yang ditetapkan kerajaan negeri akan buat transformasi terhadap JKKK berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiu di Dewan Majlis Daerah Setiu dekat Sungai Tarom, bandar Permaisuri di sini semalam.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie dan semua kepimpinan bahagian tersebut.

Ahmad Razif berkata, Penarafan Bintang itu menjadi penunjuk prestasi utama (KPI) dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kerana sikap dan tindak-tanduk mereka akan turut mencerminkan imej kerajaan negeri.

“Mereka yang dipilih mewakili kerajaan dan parti yang memerintah.. JKKK perlu benar-benar faham tanggungjawab sebenar mereka terutama ketika berdepan dengan masyarakat.. mereka perlu berpegang bahawa kecil bagi kita besar bagi rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan istimewa kepada 17 Dun yang dimenangi BN di negeri ini bermula tahun depan namun bagi Dun kalah peruntukan seperti sedia ada akan tetap diteruskan.

Menurutnya, Pengarah Strategi Perhubungan Umno negeri, Mohd Jidin akan mengenal pasti Dun mana yang akan diberi terlebih dahulu.

Sementara itu, beberapa pihak mendapati Umno Bahagian Setiu sekarang berada di landasan kukuh kerana tiga Adun iaitu Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, Adun Langkap, Datuk Sabri Mohd Nor dan Adun Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman termasuk juga Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh dapati bekerjasama dengan ketua mereka Mohd Jidin yang juga Adun Permaisuri.

Menurut sumber, senario pada penggal ini dikatakan jauh berbeza dengan penggal terdahulu kerana ramai mengetahui penggal lalu menyaksikan kemelut beberapa Adun Bahagian Setiu yang tidak sehaluan dengan Mohd Jidin.


Ada andaian pihak tertentu mendakwa strategi tidak mencalonkan semua Adun yang tidak ‘sebulu’ dengan Mohd Jidin dan melantik calon baharu dalam PRU13 lalu menyebabkan Umno Bahagian Setiu sekarang berada dalam keadaan aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...