Kencing
mengencing mula bertaburan didalam Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR. Tapi
DAP gelak ketawa dan bertepok tangan…..
Tingkahlaku Presiden PAS itu juga mencerminkan dirinya sebenar, seorang yang tidak menepati
janji.
Persoalannya,
adakah Khalid akan mendengar cakap Hadi? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Pelabuhan Klang itu juga enggan mendengar nasihat sesiapa pun dalam partinya
sendiri, mengambil contoh dalam isu serius seperti pembinaan lebuh raya dan
penstrukturan air di Selangor.
Rekod Hadi semasa memimpin kerajaan negeri adalah lebih buruk. Beliau
menjalankan tugas dengan buruk semasa menjadi menteri besar Terengganu dari
1999 hingga 2004, sehingga PAS gagal menawan semula negeri tersebut walaupun
wujud perpecahan dalam Umno.