Isnin, 22 September 2014

PAS MASIH SAYANGKAN USTAS NUAR DAN USTAS LGE ?


SEJARAH TERUKIR di Batu BERSURAT PAS sejak 60 tahun berlalu, PERCAKARAN diantara ahli-ahli PAS dengan pemimpin tertinggi termasuk PRESIDEN PAS berlarutan.

Adakah PAS masih tidak terfikir dengan menggunakan KEPALA HOTAK yang dikatakan waras dan cerdik dalam memilih rakan berpolitik yang benar-benar memperjuangkan ISLAM ???????

Masih lagi sayangkan PKR dan DAP yang dipimpin oleh mereka yang terang-terang membenci ISLAM ?

Masih lagi mengatakan UMNO bukan ISLAM ???

BODOH, BODOH……. (Klik) BOOOOOODOH !!!!

Adakah Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang telah diadakan di Batu Pahat, Johor mencipta satu kejutan besar dalam arena politik negara?

Adakah PAS akan kekal dalam pakatan pembangkang yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP atau sedang mencongak kemungkinan keluar untuk membawa haluannya sendiri?


Kemungkinan itu wujud berikutan pertembungan pendapat antara kepemimpinan PAS, DAP dan PKR pada masa kini sehingga parti yang memperjuangkan Islam diperlekehkan dengan pelbagai label seperti 'pak turut' dan terbaru 'parti u turn' (pusingan u).

Kemuncak kepada pertelingkahan mereka sudah tentu berpunca daripada krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang bermula akibat tindakan PKR mahu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Cadangan itu tidak dipersetujui oleh PAS sehingga menyaksikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menggunakan kuasanya bagi mencadangkan nama calon lain selaras dengan saranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tindakan Abdul Hadi itu nyata tidak disenangi PKR dan DAP yang beriya-iya untuk melantik Wan Azizah yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan pakatan itu selama ini menentang sebarang unsur nepotisme.

Ironinya, pendapat Abdul Hadi itu seolah-olah tidak disenangi atau tidak difahami oleh Timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau tanpa berasa malu dan dengan terbuka membuat kenyataan di media bahawa kenyataan Abdul Hadi itu bukanlah keputusan rasmi parti dan lebih bersifat peribadi.

Lebih parah apabila Mohamad atau Mat Sabu berulang kali mempertahankan keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang bersetuju Wan Azizah dan Azmin Ali dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Persoalannya, bagaimana sesama pimpinan tertinggi parti boleh bercanggah pandangan dan pendapat?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...