Isnin, 8 September 2014

Salahuddin Ayub bersuara pulok doh ??


SERDANG: Walaupun PAS (haa. katakan saya kan senang)  mempunyai cita-cita untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor, tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk parti itu mengambil alih kerusi berkenaan.

Penegasan itu dinyatakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jangan berfikir kami tidak mahu melihat wakil PAS menjadi menteri besar...kami mahu. Ia adalah cita-cita kami.

"Tetapi sekarang bukan masanya. Kita akan berusaha ke arah itu," kata Salahuddin ketika ditemui di sini.


Salahuddin berkata PAS akan menyerahkan kepada pihak istana untuk membuat keputusan mengenai siapa bakal pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi kedudukan Menteri Besar Selangor.


"Kami menyerahkan perkara ini kepada sultan. Kami tidak akan meminta jawatan itu," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...