Semua kegiatan PPS dihentikan sehingga keputusan mahkamah
GEORGETOWN: Kerajaan Pulau
Pinang hari ini memutuskan untuk menghentikan semua kegiatan Pasukan Peronda
Sukarela (PPS) sehingga keputusan mahkamah dibuat berhubung status pertubuhan
itu.
Perkara
itu diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat EXCO tergempar di KOMTAR di sini.
Guan
Eng berkata, kerajaan negeri berharap penduduk di negeri ini boleh menggantikan
peranan yang dimainkan oleh PPS selama ini bagi membantu polis menjalankan
aktiviti kepolisan masyarakat.
Dalam
sidang media itu juga Guan Eng turut menyelar tindakan segelintir media yang
didakwanya melaporkan maklumat tidak tepat dengan mendakwa ada di kalangan
anggota PPS yang ditahan polis kelmarin positif ujian air kencing.
"Mereka
yang tidak lulus ujian air kencing itu adalah disebabkan (mengambil) ubat...
kerana mereka berusia 60 tahun ke atas dan terpaksa mengambil ubat tertentu.
"Jadi,
saya mahu sangkal dakwaan media yang mengatakan ada anggota PPS yang ditahan
gagal dalam ujian air kencing. Jika anda (wartawan) tidak percaya anda boleh
cuba (ambil ubat)," katanya.
Sumber:beritaharianonline