Sabtu, 13 September 2014

TERJAHAN NIK AZIZ : PKR DAN DAP MUKA TEMBOK ?



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan PKR dan DAP yang memaksa Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik keputusan menolak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Malah beliau dengan nada tegas turut menyifatkan kedua-dua parti itu sememangnya tidak berhak memaksa Abdul Hadi menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
Bekas Menteri Besar itu berkata, PKR dan DAP hanya parti yang 'menumpang' dalam perjuangan PAS menentang UMNO selama ini.

"Tidak ada hak orang lain (PKR dan DAP) paksa parti lain (PAS) buat sesuatu. Keputusan yang dibuat Presiden PAS maka tidak ada hak untuk orang suruh tarik balik.
"Kita adalah tiga parti (PAS, PKR dan DAP) yang berpakat melawan UMNO dan PAS adalah 'kakak tua' (abang), PAS dibawa masuk ke Kelantan pada 1951 oleh (Allahyarham) Ustaz Amaluddin Darus, saya sendiri masuk PAS tahun 1957 dan mula bergiat.
"Orang lain menumpang, DAP mari kemudian, PKR menumpang kemudian, orang PAS ada pengalaman yang begitu banyak sebelum daripada orang lain dan terima bermacam-macam dugaan, jadi Datuk Presiden (Abdul Hadi) buat kenyataan dan kenyataan ini daripada keputusan majlis-majlis (mesyuarat) sebelum ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) Isnin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...