USTAZAH ABBY DAH TAK DE DUIT.....
Pelakon dan penyanyi Abby Abadi mendedahkan dia telah membuat satu
laporan polis terhadap bekas suaminya Noor Farhan Che Bakar berikutan sikap
lepas tangan dalam soal hak milik kereta dan duit.
Dakwa
Abby, bekas suaminya itu telah meminjam wangnya berjumlah puluhan ribu ringgit
bagi membeli sebuah kereta untuk bekas adik iparnya.
"Janji-janji
daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa
sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan.
"Sekarang
dah lama raya habis dia masih berdiam diri. Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya
terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan
selanjutnya," ujarnya yang dipetik dari Harian
Metro.
Tambah
Abby lagi, dia bukan sengaja mahu memperbesarkan perkara tersebut tetapi mahu
memberi pengajaran kepada bekas suaminya.
"Usaha
saya untuk menuntut semula hak saya secara baik sebelum ini tidak dilayan. Saya
harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang
bersikap lepas tangan selama ini."