Ahad, 1 Julai 2018

AWAS AGENDA UTAMA LGE TENGGELAMKAN BAHASA MELAYU


DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dan seluruh sanak saudaranya serta para sahabat Baginda.
Hingga ke hari ini masih ramai yang TIDAK PUAS HATI DENGAN TINDAKAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam isu bahasa, apatah lagi kerjaaan Pakatan Harapan  mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan
Tindakan mempertahankan tindakan tersebut bukan sekadar MERENDAHKAN BAHASA MELAYU sebagai bahasa rasmi kerajaan.
Malah  ia juga secara langsung ingin MENCABAR KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN  AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 (ABK), di samping meremehkan pekeliling kerajaan persekutuan yang telah sekian lama berjalan di dalam sistem pentadbiran.
Tindakan Guan Eng dan PH itu semacam  mahu mencabar Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia.
Atau lebih kasar lagi ungkapannya  Menteri Kesihatan itu BUTA PERLEMBAGAAN selepas kuasa yang dimiliki seakan mengatasi segalanya.
BAGAI KADUK NAIK JUNJUNG, inilah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada sikap Guan Eng ini tatkala kita melihat kerajaan Umno BN sebelum ini juga telah banyak melakukan "peminggiran bahasa Melayu' melalui beberapa dasar khasnya dalam pendidikan termasuk pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di zaman Dato’ Seri Najib Razak dan di zaman Tun Mahathir Mohamad pula PPSMI.
Apa yang menjadi kemarahan termasuk kepada pejuang bahasa adalah sikap Guan Eng mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan merupakan suatu tindakan biadap dan keras kepala serta tidak menjaga sensitiviti masyarakat negara ini.  
Sikap ini seakan membenarkan telahan umum sebelum ini bahawa mereka ini ada agenda yang bakal menyebabkan bahasa Melayu, kepentingan Islam dan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan BAKAL TERUSIK DAN TERGADAI.
Maka GUAN ENG HARUS INGAT, masyarakat umum pernah menghukum Umno-BN atas kegagalan membela rakyat yang dizalimi, maka kerajaan PH juga boleh dihukum rakyat atas kegagalan ini andai ia dibiar berterusan. – HARAKAHDAILY 30/6/2018


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...