MARANG - KADAR KECURIAN DIESEL SUBSIDI
BERLAKU HAMPIR SETIAP MINGGU membuatkan
pemilik bot di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bandar Marang di
sini muak dengan kejadian berkenaan.
Deretan
tong minyak diesel nelayan yang diletakkan di jeti berkenaan dicuri tidak
berapa lama selepas minyak diisi hingga ada nelayan tidak dapat keluar
menangkap ikan di laut pada hari berikutnya.
Malah ada pemilik bot mendakwa
mengalami kira-kira TUJUH KES KECURIAN SEJAK KEBELAKANGAN INI dan
menanggung kerugian hingga ratusan malah mencecah ribuan ringgit kerana tidak
dapat menangkap ikan.
Seorang
mangsa terbaru, Roslan Muda, 48, menceritakan minyak diesel yang dibeli pada
harga subsidi di LKIM Marang pada sebelah petang didapati tiada dipercayai
telah dicuri pada pagi keesokan harinya.
Menurutnya,
biasanya nelayan meninggalkan tong kosong di jeti berkenaan selepas membayar
jumlah harga minyak diesel yang diinginkan namun minyak itu tidak terus diisi
selepas pembayaran dibuat.
"Proses
(beli minyak) itu susah sikit, balik ke laut kena ambil bil ikan dulu, kena
isytihar baru boleh beli minyak. Memang susah sikit dan sewaktu beli minyak
kita bayar minyak tetapi tak tahu waktu bila minyak itu akan diisi.
"Memang
susah sikit dan masalah ini memang teruk juga. Terbaharu minyak diesel subsidi
diisi dalam tiga tong milik saya hilang. Minyak itu digunakan untuk sekali
keluar ke laut," katanya, hari ini.
Sebenarnya,
Roslan juga merasa kesal dengan tahap keselamatan di jeti berkenaan sehinggakan
minyak dalam tong pun boleh dicuri dan jika tiada tindakan diambil, kegiatan
itu akan berlaku berterusan.
Bukan
Roslan sahaja, tetapi RAMAI LAGI NELAYAN MENGALAMI NASIB SAMA namun
tidak mahu tampil kerana mengetahui ia perbuatan siapa dan tidak mahu
panjangkan cerita kerana mendapat ganti rugi.
Roslan
juga berharap semua nelayan di jeti berkenaan lebih berhati-hati manakala PIHAK
LKIM MARANG DIHARAP DAPAT MEMASANG ALAT KESELAMATAN seperti
kamera litar tertutup agar perbuatan itu dapat dikurangkan.
Sumber: KLIK DISINI