TUN Mahathir mesti diberi tahniah kerana menjadi Perdana Menteri
lagi. Sekadar sekali jadi Perdana Menteri pun wajar diberi tahniah, apa lagi
bagi kali kedua yang sesungguhkan tidak ramai yang berpeluang begitu.
Bagi jadi Perdana Menteri lagi baginya memang satu drama. Dia menggantikan Najib bukan kerana perkhidmatannya tamat, tapi perkhidmatan Najib ditamatkan SECARA PAKSA.
Najib pergi kerana DIGULINGKAN OLEH MAHATHIR. Ramai yang menyangka dia sekadar mengguling dua Perdana Menteri selepasnya, Tun Abdullah Badawi dan Dato’ Seri Najib. Dia SEBENARNYA MENGGULING SEMUA PERDANA MENTERI YANG MASIH HIDUP di zamannya iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi dan terakhir Dato’ Seri Najib.
YANG TERSELAMAT PERDANA MENTERI TUN RAZAK. Itupun al-Marhum itu mati muda dalam perkhidmatan.
Sekalipun kuasa Perdana Menteri Tunku itu diambil secara luar biasa oleh timbalannya Tun Razak tetapi Tunku terus menjadi Perdana Menteri yang tidak mengangkat sumpah. Namanya saja Perdana Menteri tetapi kuasa dipegang Tun Razak.
Semasa jadi Perdana Menteri tak berkuasa itu MAHATHIR DIBANTU OLEH KETUA PELAJAR ANWAR IBRAHIM MENGADAKAN SIRI TUNJUK PERASAAN MENGGESA TUNKU BERUNDUR. Tidak nampak Tunku dipertahan oleh timbalannya. Justeru tiada yang ketengah membelanya, dia pun membuat keputusan berundur.
Orang tidak kata Tun yang menggulingkannya, tetapi yang dikata MAHATHIR MENGGULINGKANNYA.
Lepas itu dia jadi TPM kepada PM Tun Hussein. Tetapi TPM lebih popular dari PM. Apa yang Mahathir buat biarlah dikisah oleh orang lain, tetapi Tun Hussein meletak jawatan atas alasan kesihatan. Analisis pengamat politik berundur TUN HUSSEIN ITU ADALAH TEKNIKAL PENGGULINGAN terhadapnya.
Dia dikatakan berhenti sebelum Mahathir dan orangnya menyuruh dia berhenti.
Bila dia bersara gantinya PM Abdullah didapatinya tidak bagai yang diharapkannya, dan dirasakan gantinya itu melawan orang yang memberi laluan kepadanya, lalu MAHATHIR KELUAR UMNO dan menjalankan kempen menurunkannya. Hingga Perdana Menteri tidak tertahan.
Dua menteri kanannya, Dato’ Najib dan TS Muhyiddin Yassin seperti membantu Mahathir menyebabkan PM dipanggil Pak Lah itu meletak jawatan. Dia tidak mempertahan diri kerana tidak nampak ada sesiapa yang mempertahankannya.
Sabagai TPM Najib berperanan pemudah cara membantu Pak Lah berundur. Tetapi ia GARA-GARA POLITIK MAHATHIR.
Tunku tidak melawan, Hussein Onn tidak melawan dan Abdullah pun tidak melawan.
Apabila Mahathir mendapat PM NAJIB LEBIH KARUT dari Pak Lah, sesudah jenuh menyerunya berubah, tidak juga berubah, MAHATHIR MELANCAR POLITIK MENYINGKIRKANNYA. Najib yang selalu diam dan tenang melawan Mahathir secara terbuka.
Mahahir keluar Umno lagi, tubuh parti baru, lancarkan pungutan tanda tangan MINTA AGONG MENYINGKIRKANNYA.
Pertembungan antara keduanya sengit, MACAM HANG TUAH BERTIKAM DENGAN HANG JEBAT.