Marang 10/12/2011 - Program 'KOMUNITI PRIHATIN' (Berpakat Cakna, Cegoh Dadoh, Sihat Belako) anjuran bersama Agensi Dadah Kebangsaan dan Pejabat MARA Daerah Marang telah diadakan di Dataran Pejabat Daerah Marang bermula 08/12 - 10/12/2011). Program penutupan perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.
Disepanjang program berlangsung, berbagai-bagai acara diadakan termasuk pameran serta jualan daripada pengusaha-pengusaha makanan kering dan basah dari seluruh Daerah Marang, termasuk acara pertandingan Karaoke terbuka dan Forum Perdana dengan menampilkan beberapa orang tokoh-tokoh yang dipilih untuk membincangkan prihal masalah penagihan, pemulihan serta masalah yang dihadapi oleh para remaja ketika ini, terutama dikawasan DUN Rhu Rendang.
Paparan selanjutnya bolehlah anda layari:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.126438994136842.24686.100003122271553&type=3