Selasa, 27 Disember 2011

YPKT tambah peruntukan PJD


Pertambahan peruntukan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjumlah RM8 juta kepada peserta pinjaman modal Program Jaya Diri (PJD) berbanding peruntukan tahunan RM4 juta sebelum ini dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai kumpulan sasar itu.

Pengarahnya, Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa (gambar atas kiri)berkata, setiap tahun kerajaan negeri menyediakan RM4 juta bagi menjana program itu, bagaimanapun jumlah itu ditambah bagi memberi kemudahan kepada peserta di masa depan.
Katanya, pihaknya tidak berdepan dengan masalah dalam aspek bayaran balik pinjaman berikutan setiap peserta membayarnya jumlah pinjaman mengikut waktu serta masa yang ditetapkan.

“Kami yakin kerajaan negeri bersedia menambah peruntukan sekali ganda daripada jumlah yang ditetapkan sbelum ini.

“Berdasarkan rekod bayaran balik peserta juga membolehkan YPKT memberikan mereka lebih peruntukan iaitu, RM4.4 juta bagi tahun ini. Malah, PJD juga dibuka kepada mereka yantg berpendapatan RM3,000 ke bawah berbanding RM2,500 sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, golongan belia juga boleh mengambil peluang menyertai PJD bagi menceburi diri dalam bidang perniagaan dan program itu tidak terhad kepada golongan wanita sahaja.

Pada masa yang sama, Encik Mohd Shafaruddin juga menasihati peserta supaya memanfaatkan kemudahan pinjaman itu sebaik mungkin bagi memajukan diri serta keluarga dan tidak sesekali menyalahgunakannya untuk tujuan lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...