Jumaat, 30 Disember 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN CEK ELAUN JKKK DAERAH MARANG 2011


Marang 29/12/2011 - Majlis Penyampaian Watikah dan Cek Elaun JKKK Daerah Marang 2011 telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. JKKK yang terlibat adalah DUN Rhu Rendang, DUN Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat. Bagi kawasan DUN Alor Limbat dan Bukit Payong penyerahan dibuat kepada mereka-mereka yang penyampaiannya tidak dapat disampaikan semasa majlis disempurnakan tempohari.


Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Yahya bin Khatib Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri selaku Ketua UMNO Marang.  Turut hadir dimajlis tersebut Pegawai Daerah Marang, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

 

Dalam ucapan ringkas ketiga-tiga pemimpin tersebut mengharapkan kesemua JKKK terus bergerak aktif dengan mengadakan mesyuarat yang telah ditetapkan serta menghantar laporan sepertimana yang dikehendakki. Mana-mana juga JKKK yang tidak aktif atau kurang berkemampuan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat akan digugurkan pada masa-masa yang akan datang.

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook beriku:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...