Khamis, 22 Disember 2011

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH MARANG


Marang 22/12/2011 - Program Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Marang 1433H/2011M telah diadakan di Dataran Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi. Program ini disertai oleh semua JKKK termasuk beberapa buah agensi kerajaan  Daerah Marang.


Majlis telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu turut disertai YB Dato' Menteri Besar Terengganu, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Dif-Dif Jemputan, Ketua-Ketua Jabatan dan lain-lain lagi.  Kebawah Duli Tuanku berkenan mencemar duli melawat gerai-gerai serta merasai masakan Bubur Asyura digerai yang dilawati.



Yang menakjubkan kumpulan-kumpulan yang menyertai, terdapat satu kumpulan JKKK dari Warga Tiong Hua (Wakaf Tapai) turut menunjukan bakat memasak bubur Asyura dalam program yang diadakan.




Warga Tiong Hua dari Wakaf Tapai
Untuk paparan seterusnya bolehlah layari laman facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...