Seberang Marang 16/12/2011 - Program Bantuan Mayang kepada penduduk kawasan Kg. Seberang Marang Pantai, Marang telah diadakan di Balai Raya kampong tersebut bermula jam 4.30 petang. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.
Seramai 68 orang penerima bantuan yang telah disenaraikan oleh Pengerusi JKKK En. Ibrahim Ismail. Menurut En. Ibrahim sebahagian besar penerima bantuan adalah terdiri daripada mereka-mereka yang kurang berkemampuan yang bekerja sebagai nelayan pantai, berlebih-lebih lagi ketika ini musim tengkujuh sedang melanda kawasan Pantai Timur yang tidak mengizinkan nelayan-nelayan turun ke laut untuk mencari rezeki.
Dengan sumbangan yang diberikan, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk semasa menghadapi musim tengkujuh ini.
Untuk paparan selanjutnya sila layari di facebook berikut: