Isnin, 19 Disember 2011

MAJLIS PERASMIAN DEWAN JKKK TAMAN RASHIDAH/MEDAN RU/KG. RHU RENGGEH, RUSILA, MARANG

Rusila 17/12/2011 - Majlis Perasmian Dewan JKKK Taman Rashidah/Medan Ru dan Kg. Rhu Renggeh, Rusila, Marang, Terengganu berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan mengembirakan penduduk terlibat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.


Selain daripada menyempurnakan majlis perasmian dewan, diadakan juga Penyampaian Bantuan Mayang kepada warga emas, ibu/bapa tunggal, OKU serta mereka yang kurang berkemampuan. Menurut Pengerusi JKKK En. Abd. Rahman seramai 60 orang penerima bantuan sebagaimana yang telah dinyatakan.



Penerima bantuan begitu terasa terharu diatas bantuan yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh penerima.

Untuk paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...