Jumaat, 16 Disember 2011

KAYUHAN 1MALAYSIA DIRAI DIKG. KELULUT, MARANG, TERENGGANU


Rhu Rendang 16/12/2011 - Pasukan Kayuhan 1Malaysia disambut meriah oleh penduduk Kg. Kelulut, Marang, Terengganu pada hari ini jam 3.00 petang yang turut disertai oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Pasukan tersebut telah diraikan dengan penuh mesra, disamping mengadakan perlawanan persahabatan Bola Futsal, serta cabutan nombor bertuah.


Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir menyatakan bahawa Kg. Kelulut telah diberi penghargaan, untuk menerima kehadiran pasukan ini, yang julong-julong kali dianjurkan oleh pucuk pimpinan, sebelum mengakhiri kayuhan di Putrajaya.



Pasukan Kayuhan 1Malaysia kemudiannya telah dilepaskan untuk meneruskan kayuhan ke Dungun, Terengganu oleh PP Dun Rhu Rendang dengan penuh simbolik dengan disaksikan penduduk tempatan dan mengucapkan selamat meneruskan perjalanan dengan selamat ke distinasi seterusnya.


Untuk paparan selanjutnya sila layari di fbook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.129993073781434.25794.100003122271553&type=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...