Sabtu, 10 Disember 2011

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

Dun Rhu Rendang 09/12/2011 - Mesyuarat khas perlaksanaan pemberian bantuan tunai RM500 bagi meringankan beban kos hidup rakyat telah diadakan di Pejabat Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, pada 09/12/2011 mulai jam 2100.  Mesyuarat telah dipengerusikan sendiri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir En. Anuar Yahya (Tim. PP DUN), En. Ibrahim (Penghulu Mukim) dan semua Pengerusi / Setiausaha JKKK kawasan DUN Rhu Rendang.


Dalam taklimat ringkas yang diberikan, Tuan Haji Nik Dir telah meminta semua AJK yang terlibat dapat menyegerakan tindakan sepertimana yang disarankan oleh PM pada pembentangan Bajet 2012  baru-baru ini.


Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan  ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu  meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.


Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau  ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
 Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; 
 Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; 
 Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan 
 Warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.  Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan.  Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

Pembayaran Bantuan RM500 akan  dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.  Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.


Paparan selanjut bolehlah layari:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.125978170849591.24562.100003122271553&type=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...