![]() |
Pihak MPKj memulangkan kembali sampah yang dibuang secara haram oleh pekerja sebuah kilang di depan premis itu pagi, semalam. |
BALAKONG – Geram dengan sikap tidak bertanggungjawab
pihak yang membuang sampah secara haram di tepi jalan, Adun
Balakong, Eddie Ng Tien Chee sekali lagi bertindak luar biasa ‘memulangkan’
kembali longgokan sampah tersebut kepada pihak terbabit,
pagi semalam.
Itu tindakan kali
ketiga diambil selepas beliau melakukan
perkara sama kepada pembuang sampah haram di Bandar Tun Hussein Onn dan Taman
Megah sebelum ini.
Eddie Ng berkata, beliau menerima maklumat serta bukti bergambar
melalui aplikasi WhatsApp berhubung kegiatan pembuangan sampah di tepi Jalan
KPB 12, kawasan perindustrian Kampung Baharu Balakong oleh pekerja sebuah
kilang dua hari lalu.